• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Harap Najib Umum Kenaikan Gaji Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.

Katanya, ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

“Kerajaan perlu selaraskan elaun tersebut agar ia tidak membebankan penjawat awam yang sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: CuepacsNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd