• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Negeri Sembilan bukan penyatuan Melayu yang sebenar.

Beliau membuat dakwaan itu dengan menyatakan PN mewujudkan gabungan dengan UMNO yang masih mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) dan memutuskan hubungan dengan Bersatu.

“Ini bukanlah penyatuan Melayu yang sebenar. Ini hanyalah penjajaran semula kuasa politik. Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada PN.

“Bersatu tidak akan menoleh ke belakang lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu itu mendakwa beliau menubuhkan Bersatu sebagai sebuah parti pribumi Melayu.

Muhyiddin turut mendakwa, beliau menubuhkan PN sebagai parti induk menggabungkan parti Melayu termasuk UMNO serta parti-parti pelbagai kaum yang lain.

“Namun, UMNO menolak menyertai PN. Malah UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada parti dalam kerajaan PN. Hanya Ahli-ahli Parlimen UMNO sahaja yang menyokong kerajaan PN.

“Ahli-Ahli Parlimen UMNO kemudiannya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan PN iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan parti Melayu.

“Hari ini mereka sedang melakukan perkara yang sama kepada Kerajaan Perpaduan,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalBN-PNBukan Penyatuan Melayudakwakerjasamaperikatan nasionalPresiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)PRN Negeri SembilanTan Sri Muhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

17/07/2026
0

SEREMBAN - Satu rakaman video seorang peniaga wanita menyebut 'One Malaysia' ketika ditemuramah oleh Caprice tular di media sosial. Menerusi...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd