• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap dengan keputusan menarik diri daripada kerajaan Melaka selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan jawatan ADUN lantikan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, kepimpinan PH Melaka memaklumkan keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat yang dihadiri pimpinan serta ADUN-ADUN PH bagi membincangkan perkembangan politik semasa.

Menurut kenyataan itu, penarikan diri tersebut selaras dengan prinsip demokrasi bahawa mana-mana EXCO atau ADUN yang tidak lagi menyokong usul kerajaan negeri tidak wajar terus menikmati keistimewaan dan kemudahan sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan.

“Mesyuarat mengesahkan keputusan penarikan
diri kelima-lima ADUN Pakatan Harapan Melaka daripada Kerajaan Negeri selepas memuktamadkan pendirian menolak pindaan terhadap Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi tujuan mewujudkan jawatan ADUN lantikan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PH Melaka turut memutuskan semua Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daripada gabungan tersebut akan menarik diri daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa pada 31 Julai 2026 bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Dalam kenyataan sama, PH Melaka merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, penjawat awam negeri serta semua pihak atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh mereka berada dalam pentadbiran negeri.

PH Melaka turut menegaskan bahawa ADUN-ADUNnya akan terus memberi tumpuan kepada khidmat untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik sehingga tamat penggal mandat semasa.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari; Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim; Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong; dan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat. – MYNEWSHUB

Tags: Kerajaan MelakaMesyuaratpakatan harapanPHRasmisetujutarik diri
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersetuju cadangan mewujudkan...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd