• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendoakan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan turut mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, beliau berkata, lautan biru membanjiri Majlis Pelancaran Jentera BN Negeri Sembilan semalam membuktikan semangat dan kesiapsiagaan seluruh jentera parti.

“Saya mewakili BN Johor mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kepimpinan, calon-calon serta jentera BN yang akan menggalas amanah sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kekuatan dan memberkati setiap langkah perjuangan ini. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Onn Hafiz berkata, beliau percaya calon BN Negeri Sembilan yang diketengahkan merupakan calon terbaik yang mampu membawa suara rakyat, memperkukuh kestabilan politik dan meneruskan agenda pembangunan demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Sembilan.

“Kepada seluruh jentera, marilah kita bersama-sama turun padang dengan penuh semangat, mengukuhkan saf perjuangan dan berganding bahu membantu Barisan Nasional Negeri Sembilan mempertahankan mandat rakyat demi menjamin kesinambungan kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan negeri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: Barisan NasionalBN Negeri SembilanDatuk Onn Hafiz GhaziKejayaanMendoakanmenteri Besar JohorPRN Negeri Sembilan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd