• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh PAS telah menyimpang daripada matlamat dan dasar perjuangan PN.

Beliau mendakwa, antara dasar PN adalah mempertahankan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, agama, kelas sosial dan wilayah.

“Kenyataan-kenyataan pemimpin PAS mutakhir ini mengundang kesangsian rakyat terutama anak-anak muda mengenai komitmen PN untuk terus mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama yang stabil, aman dan harmoni,” dakwanya dalam satu kenyataan media.

Muhyiddin mendakwa, Bersatu mendukung nilai-nilai Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan ciri-ciri kepelbagaian kaum, agama, budaya dan adat resam yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Menurut beliau, ia penting untuk memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang aman, stabil, makmur dan harmoni.

Dakwa beliau lagi, Bersatu mengambil pendirian untuk kekal sederhana dan progresif serta memperjuangkan dasar-dasar yang menyokong kemajuan ekonomi dan prihatin terhadap kebajikan rakyat. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: dasar perjuanganmatlamatmenyimpangnegara majmukPASpemimpinperikatan nasionalPNPresiden BERSATUTan Sri Muhyiddin Yassin
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya termasuk...

Muhyiddin Berduka PN Dibatal, Ingatkan Pemimpin Jangan Salah Guna Kuasa

Muhyiddin Berduka PN Dibatal, Ingatkan Pemimpin Jangan Salah Guna Kuasa

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan pembatalan pendaftaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd