• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

oleh Mynewshub
13/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan dan kembali bergerak secara berdikari.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahaya berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya berkenaan membuktikan bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan tersendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Zulkifli, keputusan itu memberikan pengajaran besar kepada UMNO bahawa pendekatan politik yang digambarkannya sebagai slogan “UMDAP Mantap” tidak lagi relevan untuk menjamin kelangsungan parti berkenaan.

“UMNO kini tampak kuat untuk berdikari. UMNO sudah boleh membuat perkiraan untuk menyahkan diri daripada Kerajaan Perpaduan atau menyingkirkan segelintir kepimpinan tertinggi parti yang masih degil mahu menjayakan agenda ‘UMDAP Mantap’,” katanya dalam satu kenyataan dalam talian.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada BN Johor kerana berjaya memenangi PRN tersebut sekali gus menghalang gabungan yang didakwanya didominasi DAP daripada mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada masa sama, Zulkifli mengakui keputusan PRN Johor turut menunjukkan bahawa PAS masih belum diterima secara meluas oleh pengundi di negeri berkenaan selepas gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan keadaan itu sebagai sebahagian daripada pola politik Malaysia yang sentiasa berubah mengikut kekuatan parti di negeri masing-masing.

Katanya, kegagalan PAS memenangi kerusi di Johor boleh dibandingkan dengan kegagalan UMNO meraih kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15, iaitu dua negeri yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

“UMNO yang dianggap kuat di Johor juga pernah tumbang pada PRU ke-14. Kekuatan politik itu tidak kekal untuk mana-mana parti pun,” katanya.

Zulkifli dalam pada itu menyeru PAS Johor supaya melakukan muhasabah menyeluruh susulan kekalahan berkenaan, termasuk memperkukuh keahlian, menambah bilangan cawangan dan meningkatkan kekuatan jentera di semua peringkat.

Beliau berkata, PAS Johor perlu mempelajari kaedah pengurusan dan pengukuhan organisasi daripada negeri-negeri yang mempunyai pengaruh PAS lebih kukuh.

Menurutnya, keputusan PRN Johor juga perlu dijadikan iktibar oleh kepimpinan PAS di Kedah serta negeri-negeri lain yang dianggap sebagai kubu parti itu.

“Memantapkan kekuatan jentera parti itu penting untuk mengekalkan kemenangan. Menjadi juara di media sosial tetapi tidak menguasai khalayak serta denyut nadi rakyat secara fizikal tidak menjanjikan sokongan daripada rakyat,” katanya.

Zulkifli turut berharap perubahan politik dapat berlaku pada PRU ke-16 menerusi permuafakatan rakyat yang menurutnya mahukan keharmonian dan kesejahteraan negara.-MYNEWSHUB

Tags: ADUN PASahli parlimen umnoAhli UMNOAhmad ZahidAhmad Zahid Hamidi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Desak Anwar Letak Jawatan, Pengerusi KWAP Direhatkan

Pemuda PAS Desak Anwar Letak Jawatan, Pengerusi KWAP Direhatkan

21/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan susulan...

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd