JOHOR BAHRU – MIC mencatat kejayaan luar biasa apabila menangi kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Pemuda MIC Kebangsaan memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial malam ini.
“MIC menang semua empat kerusi di Johor PRN 2026,” kata hantaran tersebut.
Empat kerusi DUN yang menyaksikan kemenangan kepada parti berkenaan Kemelah, Kahang, Perling, dan Bukit Batu. – MYNEWSHUB


