JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman video bertajuk ‘Talkin Pilihan Raya’ di media sosial mengundang kritikan keras netizen.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan kandungan video berkenaan sebagai tidak wajar kerana didakwa mempersendakan bacaan talkin yang sinonim dengan urusan pengebumian jenazah.
Seorang pengguna Facebook, Nik Junaidi Juhairi berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya dipermainkan kerana setiap manusia akhirnya akan menemui ajal.
“Benda ni kau main. Esok-esok akan rasa juga, setiap yang bernyawa… termasuk kau,” tulisnya.
Munirah Hayati pula menyifatkan video tersebut sebagai mempersendakan bacaan talkin.
“Mempersendakan bacaan talkin,” katanya.
Khairul Anwar Hasan Rahmad pula menggesa pengundi Johor memberikan pengajaran kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disebabkan perbuatan itu.
Sementara itu, Hassan Moiden menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam.
Seorang lagi pengguna, Zul Hakim Baharom, turut membidas tindakan tersebut dengan mendakwa ia bakal mengundang kemarahan rakyat Johor.
‘Talkin Pilihan Raya’ turut mengundang sindiran Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin yang menyifatkan ia sebagai kempen pilihan raya yang keterlaluan.
“Dalam cerut/cigar dia ada barang lain kah? Takkanlah sampai level macam ini nak kempen. Guna agama sebagai satira,” sindirnya.
Sumber Info/Rakaman Video/Foto/Komen Netizen: Akaun Media Sosial Shamsul Iskandar Mohd Akin


