• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan Johor lembab dalam soal rumah rakyat sebagai tidak adil.

Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan sepatutnya melihat kepada projek-projek perumahan Persekutuan di Johor yang sampai hari ini masih belum selesai.

“Contohnya PPR atau PRR Bandar Tenggara, projek ini telah memperoleh CCC pada 22 Disember 2025. Di peringkat negeri, kita dah bantu percepatkan segala urusan melibatkan kelulusan dan penawaran.

“Tapi sampai hari ini, isu Perjanjian Jual Beli (SPA) di peringkat Persekutuan masih belum selesai. Sudah lebih tujuh bulan selepas CCC dikeluarkan.

“Begitu juga dengan PRR Larkin dan PRR Kluang. Kedua-dua projek ini telah diumumkan sejak 2023, tapi sampai sekarang pun belum bermula. Hari ini dah Julai 2026,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial.

Justeru, Mohd Jafni mempersoalkan sama ada Perdana Menteri belum dimaklumkan berhubung maklumat yang tepat dan betul berkenaan perumahan rakyat di Johor.

“Jadi sebab itu saya cakap, kalau nak sentuh soal rumah rakyat di Johor, biarlah tengok semua fakta sekali. Jangan tengok separuh jalan atau sekerat-sekerat.

“Negeri bantu mana yang boleh dibantu. Tapi kalau projek di bawah Persekutuan sendiri masih tersangkut, saya rasa tak adil kalau Johor terus dilabel sebagai lembap,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Jafni Md Shukor

Tags: belum bermulaDatuk Mohd Jafni Md ShukorDatuk Seri Anwar IbrahimExco JohorJohor lembabPerdana MenteriPersekutuanPPRprojekPRRrumah rakyat
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim

Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See membangkitkan sejarah di sebalik projek...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd