JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah jalan berlubang dan banjir.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata isu jalan berlubang atau pothole akan diberi perhatian sekiranya diberi peluang untuk berkhidmat.
“Pothole? Kita settle! Bertahun diabaikan, kini masa untuk diselesaikan. Keselamatan anda, keutamaan saya
“Banjir? Kita settle. Cukup rakyat Puteri Wangsa derita banjir, rosak harta benda dan tertipu janji palsu,” katanya menerusi dua hantaran berasingan hari ini.
Kenyataan itu dibuat ketika kempen PRN Johor sedang rancak berlangsung dengan calon-calon bertanding masing-masing mengemukakan pelbagai tawaran dan janji kepada pengundi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Maszlee Malik


