• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA

oleh Mynewshub
06/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA
Share on FacebookShare on Twitter

YONG PENG – Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan tempoh pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman telah dikurangkan secara drastik kepada hanya tiga tahun.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) pada Februari lalu mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun untuk yayasan tersebut.

Justeru, beliau memohon kerajaan mengembalikan pengecualian cukai yang sah bagi yayasan itu bagi memastikan pelajar yang kurang bernasib baik daripada semua kaum dapat terus menikmati pendidikan tinggi berkualiti dengan yuran pengajian berpatutan.

“Apa yang tidak pernah kami jangkakan adalah pada bulan Jun baru-baru ini, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat rasmi bagi mengurangkan tempoh pengecualian kepada hanya tiga tahun, langsung tidak selari dengan apa yang dijanjikan – 10 tahun.

“Pendidikan harus diasingkan daripada politik. Kerajaan Madani yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menyalahgunakan kuasanya dengan menjejaskan peluang pendidikan untuk generasi muda kita,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, beliau merayu masyarakat Yong Peng untuk terus menyokong penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng daripada Barisan Nasional (BN), Ling Tian Soon.

Menurut beliau, Tian Soon terbukti setia berkhidmat untuk masyarakat Yong Peng dan beliau bekerja kuat untuk memenuhi tanggungjawabnya.

“Dedikasi, komitmen dan keikhlasannya jelas terbukti buat warga Yong Peng. Saya dengan ikhlas merayu kepada para pengundi di Yong Peng untuk sekali lagi memberikan sokongan dan mandat kepada Tian Soon seperti yang dilakukan dalam PRN Johor 2022 supaya kemajuan dan pembangunan Yong Peng dapat diteruskan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

 

Tags: Datuk Seri Dr Wee Ka Siongdikurangkanpengecualian cukaiPresiden MCATempohtiga tahunYayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd