• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”

oleh Mynewshub
06/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen.

Ia ekoran Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika berkempen di Serom, Muar dilaporkan sebagai berkata, PH diheret masuk ke dalam PRN Johor ke-16 antaranya supaya Najib dapat dibebaskan.

Seorang pengguna, Nasir Seligi antara yang memberikan reaksi keras dengan mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas dan bersifat menakut-nakutkan pengundi.

“Kalau betul PRN Johor boleh bebaskan Najib, 2022 dia sudah bebas dan diberi pengampunan. Anwar pun main ugut dan menakutkan rakyat. Pakailah logik kalau nak menang,” katanya.

Al Haq Ghazi pula menegaskan bahawa kuasa pengampunan dan pembebasan bukan terletak pada PRN, sebaliknya melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta institusi berkaitan.

“Merepek… kuasa bebaskan Najib ada di tangan Agong dan institusi berkaitan. Tiada kena-mengena dengan PRN Johor,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Faiza Bakar, berpendapat kempen politik sepatutnya memberi tumpuan kepada pencapaian dan dasar kerajaan, bukan membuat dakwaan seperti itu.

Rasyid Acip turut meluahkan kekeliruan terhadap kenyataan Perdana Menteri tersebut.

“Kompiuslah… Anwar ini Perdana Menteri atau ketua pembangkang? Dia lupa ke bagaimana dia keluar penjara?” katanya.

Joe pula berkata, “Semasa PRU, PH menang dan perkara pertama dibuat bukan manifesto rakyat Malaysia, tetapi keluarkan YAB dari penjara dulu. Dan YAB kena ingat, kedudukan hari ini pun adalah kerana sokongan BN. Ketika itu BN tidak pula bebaskan Najib Razak.”

Nor Amiruddin Mohamad Zin pula berkata, “Kalau nak mengundi mesti nama Bosku Najib Razak keluar,” manakala Azrin Abdullah menegaskan rakyat mahu mendengar visi dan misi yang dirancang untuk Johor, bukan isu lama berkaitan Najib dan 1MDB. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Bebas NajibBidasDatuk Seri Anwar IbrahimkecamNetizenPerdana MenteriPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor tampil menjawab kenyataan Perdana...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd