• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

oleh Mynewshub
04/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak (unfavourable views) terhadap Israel berdasarkan Pew Research Center Spring 2026 Global Attitudes Survey.

Menurut dapatan tinjauan itu, 89 peratus rakyat Malaysia yang ditemu bual menyatakan mereka mempunyai pandangan negatif terhadap Israel.

Pakistan menduduki tempat pertama dengan 95 peratus, diikuti Turki (91 peratus), manakala Indonesia berada di tempat keempat dengan 86 peratus.

Turut tersenarai dalam 10 negara teratas ialah Jepun (83%), Bangladesh (79%), Australia (79%), Singapura (72%), Korea Selatan (70%) dan Filipina (64%).

Pew Research Center menjelaskan bahawa dapatan tersebut adalah berdasarkan kajian Spring 2026 Global Attitudes Survey yang dijalankan di 36 negara antara 8 Februari hingga 13 Mei 2026.

Majoriti temu bual dilakukan selepas tercetusnya konflik ketenteraan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat dengan Iran pada penghujung Februari.

Menurut Pew, secara keseluruhannya median 67 peratus responden di 36 negara yang dikaji mempunyai pandangan negatif terhadap Israel, dengan sentimen paling tinggi direkodkan di beberapa negara majoriti Islam termasuk Pakistan, Turki, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh.

Pew turut menegaskan bahawa keputusan ini mencerminkan pandangan awam ketika tinjauan dijalankan dan tidak seharusnya dianggap mewakili pendapat setiap individu dalam sesebuah negara.

Sikap masyarakat juga boleh berubah mengikut perkembangan politik serta peristiwa antarabangsa.-MYNEWSHUB

Tags: Aman Palestinbendera palestincinta gaza malaysiaFlotilla GazaGazaIsrael
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd