• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib

oleh Mynewshub
04/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naratif Pakatan Harapan (PH) bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai kaitan dengan pembebasan Datuk Seri Najib Razak sangat tersasar.

PRN adalah medan untuk rakyat memilih kerajaan negeri, bukannya platform menentukan keputusan mahkamah apatah lagi kuasa pengampunan yang merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Najib kini menjalani proses perundangan yang berasingan dan sebarang keputusan mengenai status beliau tertakluk kepada undang-undang. Undi rakyat di Johor tidak akan mengubah perjalanan proses tersebut.

Namun, hakikat yang sukar dinafikan sebenarnya memang ramai pun rakyat yang berharap Najib dibebaskan, bukan kerana pilihan raya tetapi kerana mereka kian terasa.

Rakyat semakin terasa apabila membandingkan keadaan ekonomi ketika Najib menjadi Perdana Menteri dengan situasi yang mereka hadapi hari ini.

Ramai masih mengingati tempoh ketika kos sara hidup dilihat lebih terkawal, harga minyak lebih stabil dan pelbagai bantuan kebajikan yang lebih baik dinikmati oleh rakyat.

Jadi apa yang dikatakan oleh anak Najib, Datuk Seri Nazifuddin bahawa kemenangan besar BN di Johor isyarat rakyat mahu Najib diampunkan adalah berdasarkan pandangan itu.

Sama ada semua orang bersetuju atau tidak, realitinya tanggapan itu terus wujud. Tetapi PH dengan kepakarannya memanipulasi kenyataan itu dengan maksud yang berbeza.

Justeru, apabila rakyat bercakap tentang Najib, ia kerana membandingkan pengalaman hidup dahulu dengan sekarang, bukan disebabkan BN Johor menang automatik Najib bebas.

PH tersilap percaturan kerana membangkitkan naratif tersebut dalam kempen mereka gara-gara mahu mengharapkan formula 2018 yang pernah memberikan kemenangan.

Ironinya, landskap politik negara telah banyak berubah berbanding lapan tahun lalu dan seiring itu tanggapan majoriti rakyat terhadap Najib juga turut berubah.

Apa pun kemenangan BN di Johor adalah keputusan demokrasi rakyat Johor, manakala soal Najib pula tertakluk di bawah proses undang-undang. Jalan terus. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakNaratifpakatan harapanpembebasanPHpilihan raya negeriPRN Johortiada kaitan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd