• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji Bulan Dan Bintang Lagi

oleh Mynewshub
03/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji  Bulan Dan Bintang Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Memang terkejut membaca manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana masih mengulangi janji bulan dan bintang kepada rakyat.

Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, manifesto PH mengandungi pelbagai janji dengan angka yang besar, namun beliau mempersoalkan bagaimana semua inisiatif itu akan dilaksanakan.

Menurutnya, antara janji diumumkan mewujudkan 250,000 peluang pekerjaan, menyediakan dana RM1 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dana RM500 juta untuk anak muda serta perlindungan kesihatan sehingga RM100,000.

“Angkanya memang besar. Tapi bila lepas saya baca, saya pun tertanya-tanya macam mana mereka nak laksana semua ini.

“Contohnya, perlindungan kesihatan RM100,000 tapi siapa yang bayar? Apa mekanismenya? Adakah melalui hospital kerajaan atau swasta? Insurans ataupun bantuan terus?

“Manifesto yang dikongsikan ini tidak menjelaskan perkara tersebut,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial.

Beliau turut mempersoalkan sumber dana RM1 bilion untuk PKS yang tidak disertakan penjelasan sama ada ia berbentuk geran, pinjaman, jaminan kerajaan atau pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Selain itu, Hafiz berkata, dana RM500 juta untuk anak muda juga tidak dihuraikan secara terperinci.

“Banyak gila. Siapa yang mengurus? Siapa yang layak? Bagaimana agihan dia?
Sekali lagi tiada juga penerangan yang jelas.

“Sebab itulah pada saya, perbezaan sebenar antara manifesto Barisan Nasional dan manifesto PH bukanlah siapa yang boleh meletakkan angka yang paling besar,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hafiz Ariffin

 

Tags: Hafiz AriffinJanji Bulan Dan Bintangmanifestopakatan harapanPHpilihan raya negeriPRN JohorSetiausaha Pemuda UMNOterkejut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kaum Dipinggirkan Semangat Muafakat Johor – Onn Hafiz

Tiada Kaum Dipinggirkan Semangat Muafakat Johor – Onn Hafiz

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) sentiasa percaya bahawa kekuatan Johor terletak pada semangat muafakat dan kebersamaan seluruh rakyatnya. Menteri...

Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon

Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon parti Bersama, Lau Yi Leong mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd