• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

oleh Mynewshub
02/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling mendapat perhatian, malah dianggap sebagai kubu kuat Pakatan Harapan (PH) DAP.

Barangkali itu sebab PH memilih bandar Penggaram sebagai lokasi majlis pelancaran jentera PH yang dihadiri sendiri oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalannya kini, mampukah Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi yang terlepas kepada DAP sejak 2013? Sejarah menunjukkan Penggaram pernah menjadi kubu kuat BN menerusi MCA.

Kawasan bandar yang menjadi nadi ekonomi Batu Pahat serta mempunyai sejarah politik yang tersendiri, malah sering dianggap sebagai kayu ukur sokongan pengundi bandar terhadap parti-parti yang bertanding.

Pada pilihan raya 1995, 1999, 2004 dan 2008, BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut sebelum gelombang politik pada 2013 menyaksikan DAP merampas Penggaram.

Dalam PRN Johor 2022, calon DAP mengekalkan kemenangan dengan memperoleh 18,208 undi, menewaskan calon yang meraih 8,252 undi, calon PN (5,276 undi) serta seorang calon Bebas.

Namun, landskap politik sentiasa berubah. Kali ini, BN mempertaruhkan Boo Chin Liong atau lebih dikenali sebagai CL Boo, seorang tokoh korporat dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Batu Pahat.

Latar belakang beliau sebagai pemimpin komuniti perniagaan memberi kelebihan tersendiri kerana Penggaram bukan sekadar kawasan kediaman.

Malah pusat perdagangan yang memerlukan wakil rakyat memahami keperluan ekonomi, pelaburan serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana.

Presiden MCA, Wee Ka Siong turut menyifatkan CL Boo calon terbaik kerana Penggaram memerlukan seorang wakil rakyat yang memahami ekonomi, dunia perniagaan dan mampu mewujudkan lebih banyak peluang.

Katanya, pengalaman CL Boo bekerjasama dengan usahawan, PKS dan komuniti setempat membolehkan beliau memahami cabaran sebenar dihadapi sektor perniagaan serta membawa idea praktikal merancakkan ekonomi.

Hakikatnya, rakyat Penggaram boleh mengekalkan wakil sedia ada atau memberi peluang kepada seorang calon yang datang dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan ekonomi.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai pengundi mengharapkan wakil rakyat yang mampu membawa pelaburan, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuhkan daya saing Batu Pahat.

Keputusan di tangan pengundi Penggaram. Jika keutamaan mereka kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan berterusan, maka BN berharap mandat kali ini diberikan kepada CL Boo. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBoo Chin LiongCalon BNCL BooDAPDewan Undangan NegeriDUN Batu PahatKubu Kuatpakatan harapanPHpilihan raya negeriPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

PRN Johor: MB Selangor Berkempen Di DUN Senggarang, Minta Sokong Calon PH

PRN Johor: MB Selangor Berkempen Di DUN Senggarang, Minta Sokong Calon PH

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd