• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PH ‘Tersentap Meroyan’ Penyokong PAS Sokong UMNO-BN – Asyraf Wajdi

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin PH ‘Tersentap Meroyan’ Penyokong PAS Sokong UMNO-BN – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan sokongan serta arahan kepimpinan PAS kepada penyokong parti itu supaya mengundi calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dalam sistem demokrasi setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk menyokong serta mengundi calon pilihan masing-masing.

“UMNO-BN mengalu-alukan sokongan dan arahan kepimpinan PAS kepada penyokong mereka agar memberi undi kepada calon-calon BN di Johor. Cuma kenapa pula pimpinan parti-parti PH pula tersentap dan meroyan?” katanya dalam satu kenyataan.

Asyraf menegaskan, UMNO-BN sentiasa terbuka menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli dan penyokong parti lawan.

Beliau bagaimanapun berkata, fokus utama UMNO-BN adalah untuk terus meraih sokongan rakyat secara keseluruhan, sama ada yang berparti mahupun tidak, dengan mengetengahkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, pelbagai kejayaan yang dicapai Kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sepanjang hampir empat tahun mentadbir negeri itu menjadi asas keyakinan BN untuk terus mendapat mandat rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukimeroyanPHPRN JohorSetiausaha Agung UMNOSokongan PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Polisi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk tidak mengambil gaji sehingga sekarang didakwa dihayati oleh rakyat....

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd