• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polisi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk tidak mengambil gaji sehingga sekarang didakwa dihayati oleh rakyat.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik mendakwa, perkara itu boleh dilihat berdasarkan sambutan luar jangkaan rakyat terhadap PH.

“Setakat bagi bantuan, semua orang boleh bagi bantuan, tetapi polisi yang PM (Anwar) buat, itu nampak benar-benar pergi kepada rakyat dan beliau tak ambil gaji sampai sekarang.

“Seperti yang saya katakan, sambutan adalah ‘beyond expectation’ ataupun di luar jangkaan,” dakwanya pada satu sidang media di sini.

Maszlee turut mendakwa masyarakat pelbagai kaum dan peringkat usia amat tertarik dengan PH kerana pendekatan Anwar yang ikhlas membantu rakyat.

Dakwa beliau lagi, rakyat juga melihat Anwar berorientasikan penyelesaian masalah apabila berdepan isu global termasuk menghubungi ramai pemimpin luar negara.

“Cuma yang menarik, sama ada masyarakat Cina, tua atau muda, India, tua atau muda, Melayu, tua atau muda, mereka begitu tertarik dengan perkataan harapan kerana PM Anwar.

“Saya pernah cuba mengusik mereka, kata kenapa PM?.. Dia kata beberapa perkara yang PM buat itu nampak keikhlasannya untuk membantu rakyat atau dia kata kalau setakat bagi bantuan, semua orang boleh bagi bantuan,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Tags: Calon Pakatan BarapanDatuk Seri Anwar IbrahimDr Maszlee MalikPerdana MenteriPHPRN JohorSokongan rakyatTak Ambil Gaji'
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa sebahagian golongan muda GenZ bersetuju apabila ditanya mengenai Perdana...

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd