• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, dakwaan konon calon MCA yang kalah boleh dilantik sebagai ADUN lantikan dan Exco kerajaan negeri jika Barisan Nasional (BN) menang PRN adalah rekaan.

Tegas beliau, perkara itu tidak boleh dilakukan berdasarkan Perlembagaan Negeri Johor.

“Apa yang lebih mengejutkan dakwaan bahawa calon MCA yang kalah boleh dilantik sebagai ADUN lantikan dan juga boleh dilantik sebagai Exco.

“Itu hanyalah rekaan semata-mata kerana ia tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan Negeri Johor.

“Menyebarkan cerita dongeng sedemikian mungkin kelihatan menarik dan sensasi, tetapi ia tidak dapat mengubah fakta dan realiti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, Ka Siong menyifatkan calon BN yang diwakili oleh MCA tidak berdepan laluan mudah walaupun terdapat tanggapan Perikatan Nasional (PN) membantu BN.

Menurutnya, empat kerusi BN-MCA dalam PRN Johor kali ini iaitu Jementah, Paloh, Layang-Layang dan Stulang berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan PN. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN LantikanCalon KalahDatuk Seri Dr Wee Ka SiongExcoPenipuanPerlembagaan JohorPresiden MCAPRN Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Polisi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk tidak mengambil gaji sehingga sekarang didakwa dihayati oleh rakyat....

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd