PENYANYI diva popular, Beyonce Knowles disaman oleh bekas penyanyi latarnya sendiri sebanyak RM26 juta kerana didakwa mencuri karya lagunya.
Ahmad Lane memfailkan saman terhadap penyanyi itu kerana mendakwa lagu popular yang didendangkan oleh Beyonce iaitu XO adalah ciptaannya.
Dia mendakwa pernah memberi seorang lagi penyanyi latar, Chrissy Collins, untuk mendengar lagu ciptaannya itu yang bertajuk XOXO namun Chrissy telah memberikannya kepada Beyonce.
4 Jun lalu, isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu telah menepis dakwaan dibuat Ahmad dengan menyatakan dakwaan tersebut adalah samar dan tidak jelas.
Beyonce juga menyatakan dia tidak perlu mencuri ciptaan orang lain kerana sudah memiliki 17 Anugerah Grammy dan 118 juta rekod album yang telah dijual.
Tiada persamaan lansung di dalam lagu yang dinyanyikan oleh Beyonce dengan lagu yang dicipta oleh Ahmad selain huruf ‘X’ dan ‘O’ itu, dakwanya.
Beyonce kini memohon pihak mahkamah untuk menolak kes yang difailkan oleh lelaki itu.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Radar
Oleh: Pitt


