• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

oleh Mynewshub
29/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

BALLARI (India) – Seorang lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat melecur dalam satu ritual berjalan atas api sempena sambutan Muharam di Kampung Kyadigehallu, daerah Ballari, Karnataka, India.

Mangsa, dikenali sebagai Devaraj, yang bekerja sebagai warden asrama di sebuah sekolah swasta di Mangaluru, dilaporkan menyertai ritual Alayi Kuni pada petang Jumaat sebelum hilang imbangan ketika berjalan merentasi lubang berisi bara api.

Ketika kejadian, beliau dikatakan memegang obor di sebelah tangan dan bekas berisi minyak di tangan yang lain.

Akibat terjatuh ke dalam lubang api, mangsa mengalami kecederaan melecur yang serius dan dikejarkan ke Hospital Vijayanagara Institute of Medical Sciences (VIMS) di Ballari untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia pada awal pagi Sabtu akibat kecederaan yang dialami.

Ritual Alayi Kuni merupakan tradisi berjalan di atas bara api yang diadakan sempena Muharam di beberapa kawasan di utara Karnataka.

Ia disertai oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang agama sebagai simbol perpaduan dan keharmonian komuniti.

Insiden tragis itu yang turut dirakam dan tular di media sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Ada yang menggesa agar ritual berisiko tinggi seperti itu dikaji semula atau dihentikan, manakala sebahagian lain mempertahankannya sebagai amalan budaya yang telah diwarisi sejak sekian lama.

Sementara itu, polis Kurugodu telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian serta meneliti sama ada langkah keselamatan yang sewajarnya telah dilaksanakan sepanjang penganjuran ritual tersebut. – MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/CuteAaruhi4_20260628__2071079525291810952_1_20710793964008816640.mp4
Tags: apiarang batuhinduIndiaKebodohanMuharamSesatSyiah
Share290Tweet182SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd