• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Media CIDB Tawar Hadiah RM30,000

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 menanti para pemenang Anugerah Penghargaan Media Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tahun ini.

CIDB dalam satu kenyataan di sini berkata ia sebagai tanda penghargaan khas kepada para pengamal media yang telah banyak menyumbang dalam menyampaikan maklumat berhubung agenda pembangunan negara.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim berkata sejak penubuhannya 20 tahun lepas, media sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik untuk menyebarluaskan peranan dan pencapaian lembaga itu sebagai pemangkin industri pembinaan negara.

Anugerah itu yang diadakan dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI) membabitkan tiga kategori iaitu Anugerah Media Cetak (Berita & Rencana), Anugerah Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rencana) dan Anugerah Fotografi.

Pemenang pertama setiap kategori akan menerima RM5,000 manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000 berserta sijil penghargaan.

Menurut kenyataan itu, penyertaan dibuka kepada semua wartawan media arus perdana dengan bahan yang diterbitkan dari 1 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015 dan harus diterima oleh MPI, selaku urusetia anugerah itu.

Tarikh tutup penyertaan 15 Julai 2015.

Para pemenang akan menerima anugerah masing-masing pada Malam Media Kementerian Kerja Raya yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak dan kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 18 Sept ini.

Maklumat lanjut dan borang ‘Anugerah Penghargaan Media CIDB’ boleh diperolehi menerusi laman http://mpi.my/anugerah-media-cidb-sempena-ulang-tahun-ke-20-cidb atau hubungi pegawai MPI Salman Husni Abdollah di talian 03-2095 2013/2095 2014 atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA

 

Tags: AnugerahCIDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd