• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

oleh Mynewshub
28/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang telah diubah nama sebagai Laluan Shah Alam.

Menerusi satu hantaran hari ini, laman Facebook tersebut menegaskan pembukaan projek itu memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.

“Projek ini sangat penting untuk rakyat di kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya kerana ia akan membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, menjimatkan masa perjalanan dan memberi pilihan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.

“Pengangkutan awam yang baik bukan sekadar soal tren dan stesen, tetapi soal masa rakyat, kos hidup rakyat dan kualiti hidup rakyat,” kata laman Facebook tersebut.

Projek LRT3 yang diilhamkan pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara inisiatif utama memperkukuh sistem pengangkutan awam di Lembah Klang Barat, menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia.

Sistem rel berkenaan dijangka memberi kesan besar kepada kesalinghubungan antara kawasan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang selain mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.

Berikut Kronologi utama projek LRT3 yang kini dikenali sebagai Laluan Shah Alam:

2014–2015 – Kerajaan mengumumkan cadangan pembinaan LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia, Klang bagi meningkatkan pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.

7 November 2015 – Projek LRT3 secara rasmi bermula dengan Prasarana sebagai pemilik projek. Laluan sepanjang kira-kira 37.8 kilometer itu merangkumi 20 stesen yang akan dibuka serta beberapa stesen tambahan yang dirancang untuk masa depan.

24 Ogos 2016 – Projek dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Malawati, Shah Alam dengan sasaran siap pada 2020.

2018 – Selepas perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, projek tersebut disemak semula dengan alasan bagi mengurangkan kos.

2020–2025 – Projek mengalami beberapa kelewatan dan tarikh pembukaan beberapa kali ditunda.

2025 – Laluan itu secara rasmi dinamakan Laluan Shah Alam (Shah Alam Line) bagi menggantikan penggunaan nama LRT3.

2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim rasmi Laluan Shah Alam bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. – MYNEWSHUB

Tags: facebookLaluan Shah AlamLRT3najib razakTahniah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

06/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diungkap menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd