• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lari Dari Hospital, Pesakit Disyaki Hidap MERS-Cov Dicari

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis Miri sedang mencari seorang wanita warganegara Brunei yang melarikan diri dari Hospital Miri selepas disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-Cov) pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata, wanita berusia 76 tahun itu dimasukkan ke Hospital Miri pada pukul 9.05 pagi pada 12 Jun lepas kerana disyaki menghidap penyakit berkenaan setelah menunaikan umrah di Mekah pada 10 hingga 22 Mei lepas.

“Pesakit itu ditahan di Hospital Miri kerana masih menunggu keputusan ujian kahak dan sampel berkaitan daripada pesakit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Gan berkata pada pukul 3.10 petang hari yang sama, keluarga pesakit itu memohon untuk membawa keluar pesakit namun doktor yang merawat tidak membenarkan kerana risiko kesihatan.

Beliau berkata, doktor di Hospital Miri turut dimaklumkan bahawa Hospital Brunei enggan menerima pesakit itu menyebabkan keluarga pesakit berkenaan marah dan bertindak agresif.

Beliau berkata pesakit berkenaan dibawa keluar dari Hospital Miri pada hari yang sama oleh keluarganya tanpa kebenaran doktor pada 7.12 malam.

Beliau berkata, seorang jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.09 petang semalam dan Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini, kita masih lagi mencari pesakit itu,” katanya sambil menambah orang ramai tidak perlu panik kerana pesakit hanya disyaki dijangkiti virus itu sahaja.

Bernama difahamkan Jabatan Imigresen turut dimaklumkan mengenai hal itu dan diminta melaporkan segera dengan Jabatan Kesihatan sekiranya pesakit itu ditemui. – BERNAMA

UPDATE: Pesakit disahkan negatif MERS-Cov oleh Kementerian Kesihatan Brunei yang bekerjasama baik dengan Jabatan Kesihatan Miri.

Tags: BruneiVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd