• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

oleh Mynewshub
28/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong mendakwa usaha untuk mewujudkan kembali Muafakat Nasional sedang berlaku di Johor.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa usaha tersebut perlu dibendung dengan memberi undi kepada PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sekiranya strategi pakatan UMNO-PAS-Hamzah berjaya, lebih ramai ahli politik UMNO, PAS dan Wawasan akan menggerakkan kerjasama penuh pakatan UMNO-PAS-Hamzah bagi menghadapi PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi satu lagi bentuk Muafakat Nasional,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu menerusi satu hantaran dalam bahasa Cina di media sosial semalam yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.

Terdahulu, Kah Leong mendakwa, PRN Johor kali ini merupakan satu pertempuran yang amat penting kerana ia bukan sahaja menjadi penentu kepada landskap politik Johor, malah turut menjadi titik pemisah bagi politik negara menjelang PRU akan datang.

Beliau mendakwa operasi persefahaman secara senyap antara UMNO, PAS dan Wawasan di Johor kini semakin jelas.

“Bersatu dan PAS hanya bertanding di kurang separuh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dengan tujuan memberi laluan supaya BN-UMNO dapat melepasi pilihan raya ini dengan mudah,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Woo Kah Leong

Tags: DAPSYKetua Pemuda Pakatan HarapanKetua Pemuda Sosialis DAPmuafakat nasionalPHpilihan raya negeriPilihan Raya UmumPRN JohorPRUstrategiUMNO-PAS-HamzahWoo Kah Leong
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd