• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Pati Di Esszone ‘Terlalu Kompleks’ – Esscom

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah terutama di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) ‘terlalu kompleks’ yang diwarisi sejak berpuluh tahun lepas, kata Pengarah Komponen Laut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi.

Beliau berkata bagi menyelesaikan sepenuhnya masalah itu, tempoh satu atau dua tahun tidak memadai kerana memerlukan perancangan teliti dan penglibatan semua pihak secara holistik.

“Kehadiran PATI yang banyak ini merupakan ancaman besar kepada Sabah kerana ada dalam kalangan mereka jadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan, terutama penculikan.

“Susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PATI (RCI) di Sabah, Esscom dipertanggungjawab mengemudi operasi memburu PATI di Esszone termasuk mengekang penculikan … namun bukan mudah untuk mensifarkan jenayah penculikan selagi ada musuh dalam selimut … masalah PATI perlu diselesaikan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog program Esscom bersama Komuniti Nelayan Lahad Datu di Pejabat Daerah Lahad Datu, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Persatuan Nelayan Lahad Datu Eskin Ibrahim dan Penolong Ketua Staf Perisikan Esscom Supt Che Aris Bakar.

Mengenai penyeludupan, Karunanithi berkata sebahagian besar aktiviti itu dilakukan oleh PATI dan didalangi orang tempatan sendiri terutama membabitkan rokok, diesel dan gas bersubsidi.

Beliau berkata apabila operasi bersepadu dilancarkan awal tahun ini, ada pihak termasuk peniaga yang menggaji PATI mengadu perniagaan atau ekonomi mereka terjejas.

“Hanya ada satu undang-undang yang terpakai untuk semua orang termasuk rakyat tempatan, penyeludup dan PATI … patuhi undang-undang tersebut … janganlah marah kepada Esscom dan biarlah Esscom buat kerja, dan tunjukkan cinta kita kepada negara,” katanya.

Beliau berharap semua pihak termasuk pemimpin parti politik dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Esscom dan tidak mempersoalkan kewajaran operasi bersepadu yang bertujuan membersihkan Sabah, khususnya Esszone daripada PATI dan aktiviti penyeludupan. – BERNAMA

 

Tags: EsscomPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd