• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared

oleh Mynewshub
27/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fared Mohd Khalid.

Menurutnya, beliau mengenali Mohd Fared yang juga penyandang Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor sebagai seorang pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat sejak menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

“Sepanjang memegang amanah sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada penggal yang lalu, beliau bukan sahaja memberi perhatian kepada pembangunan institusi agama, malah sentiasa turun padang menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang di DUN Semerah.

“Insya-Allah dengan rekod khidmat yang baik,
keperibadian yang merendah diri serta komitmen yang tidak pernah luntur untuk berbakti, saya yakin rakyat DUN Semerah akan terus memberi kepercayaan kepada Mohd Fared meneruskan khidmat beliau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan, beliau bersyukur kerana berpeluang mengiringi Mohd Fared dalam perarakan bersama jentera dan penyokong BN ke Pusat Penamaan Calon pagi ini.

Kata beliau, semangat yang ditunjukkan oleh para jentera BN amat luar biasa yang membuktikan kekuatan BN bersatu hati, bekerja sebagai satu pasukan dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

“Semoga Allah S.W.T mengurniakan kemenangan kepada BN demi Johor yang terus stabil, maju dan sejahtera,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Barisan NasionalBNCalonDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDewan Undangan NegeriDUN SemerahMohd Fared Mohd Khalidpilihan raya negeriPRN JohorSetiausaha Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

27/06/2026
0

SIMPANG RENGGAM - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad mengiringi Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Pusat Penamaan Calon...

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Spekulasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd