JOHOR BAHRU – Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Spekulasi itu tercetus ekoran satu hantaran oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari di media sosial hari ini.
Beliau dalam hantaran itu memaklumkan jentera PAS di kawasan ditandingi Bersatu akan bertugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) lain.
“Jentera PAS kawasan dan DUN ditandingi Bersatu PRN Johor diarah bertugas di DUN ditandingi PAS dan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain,” katanya.
Untuk rekod, PAS pada 8 Jun lalu mengumumkan menghentikan kerjasama dengan Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perbalahan kemudian tercetus antara kedua-dua parti berhubung status PN kerana PAS dan Bersatu masing-masing enggan melepaskan PN.
Berikutan itu, PAS dan Bersatu tetap menggunakan logo PN dalam PRN Johor walaupun tidak lagi bekerjasama. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari


