• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh disifatkan sebagai tidak berasas dan lebih bersandarkan persepsi berbanding fakta.

Hanya kerana parti menampilkan calon yang mungkin tidak memenuhi kehendak beliau, ia tidak bermakna UMNO Johor berada di bawah pengaruh atau kawalan istana.

Hubungan baik antara Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga bukan sesuatu yang luar biasa dalam pentadbiran negeri.

Malah, hubungan harmoni antara kerajaan negeri dan institusi diraja penting bagi memastikan kestabilan politik, pembangunan ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara.

Ia sebenarnya sesuatu yang sepatutnya dialu-alukan kerana Istana menjadi satu lagi lapisan pemantau agar orang politik tidak terlalu bebas atau terlalu ‘liar’ dalam tindak tanduk mereka.

Persoalannya, adakah sesebuah kerajaan perlu sentiasa berkonfrontasi dengan Sultan atau Raja untuk membuktikan ia bebas daripada pengaruh istana?

Kerjasama baik tidak semestinya bermaksud campur tangan. Tidak bererti istana mengawal sesiapa.

Hubungan Tunku Mahkota Ismail dengan kerajaan negeri selama ini lebih tertumpu kepada usaha bersama membangunkan Johor dan memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

Baginda juga sering berhubung dan bekerjasama dengan pemimpin di peringkat Persekutuan dalam pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan negara serta rakyat.

Kalau ikut logik Puad Zarkashi, mungkin Puad akan kata TMJ juga mengawal kerajaan Persekutuan kerana menteri-menteri Persekutuan sering datang mengadap baginda.

Nampak terlalu rendah dan sangat simple pemikiran Puad Zakarshi.

Sedangkan baginda menjaga hubungan baik dengan pemimpin dari semua parti di semua peringkat dan bukannya hanya dengan UMNO semata-mata.

Sekali lagi diulangi, hubungan baik bukan bererti mengawal, sebaliknya memudahkan kerja semua pihak dan akhirnya yang untung adalah rakyat Johor itu sendiri.

Justeru, mengaitkan hubungan baik dengan dakwaan UMNO Johor dikawal oleh Istana Johor dilihat sebagai kesimpulan yang tidak tepat dan tidak disokong sebarang bukti kukuh. – MYNEWSHUB

Tags: DrPuad Zarkashikerajaan persekutuanOnn HafizPuad ZarkashiTMJUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd