• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-merta

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-merta
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

JOHOR BAHRU – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau berkata keputusan itu dibuat tanpa rasa berat hati dan mendakwa langkah tersebut membolehkannya menyuarakan pandangan secara terbuka tanpa dituduh menikam parti dari belakang.

Puad turut menolak tanggapan bahawa tindakannya didorong kepentingan peribadi.

Menurut beliau, keputusan meninggalkan parti dibuat ketika UMNO dilihat masih berada dalam kedudukan kukuh dan sedang berdepan persiapan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam kenyataan sama, beliau mendakwa antara faktor utama keputusan itu ialah kerana UMNO Johor tidak lagi bebas dalam membuat keputusan dalaman.

Beliau turut membuat dakwaan bahawa terdapat campur tangan pihak istana dalam beberapa keputusan politik negeri dan mendakwa perkara itu pernah dimaklumkan kepadanya dalam satu pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada UMNO Johor, Menteri Besar Johor mahupun pihak berkaitan bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh Puad.

Dakwaan tersebut juga belum dapat disahkan secara bebas.

Beberapa hari sebelum ini, Puad turut memberi bayangan akan membuat “pengumuman penting” susulan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) di Johor.

Sebelum itu beliau juga telah mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Rengit pada PRN Johor atas faktor usia dan mahu memberi laluan kepada generasi muda.

Perkembangan ini dijangka memberi perhatian besar terhadap landskap politik Johor menjelang PRN yang semakin hampir.-MYNEWSHUB

Tags: Ahli UMNODatuk Dr Mohd Puad ZarkashiDatuk Onn Hafiz GhaziPemuda UMNO Johorpuad zakarshiPuad ZarkashiUMNO Johor
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

JOHOR BAHRU - UMNO Johor menerima keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan baki hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd