• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menegaskan tiga cabang utama dalam sistem pengasingan kuasa kerajaan iaitu kehakiman, eksekutif dan legislatif harus dipertahankan.

Beliau menegaskan, prinsip itu harus dipertahankan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan walaupun kadangkala ada hujah yang menunjukkan sedikit permasalahan.

“Kita tidak boleh ganjak daripada prinsip itu. Negara ini tertegak dengan asas Perlembagaan dan negara ini tertegak dengan prinsip negara hukum.

“Demokrasi berparlimen maknanya pilihan rakyat kita hormati dan raja berperlembagaan. Kuasa raja itu mesti tertakluk kepada prinsip dan semangat Perlembagaan.

“Golongan eksekutif tidak boleh langgar prinsip itu dan begitu juga yang lain juga harus menghormati prinsip ini supaya terjamin kelangsungannya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar melahirkan rasa syukur kerana politik di Malaysia tetap stabil walaupun terdapat sedikit keadaan ‘bising’ yang beliau sifatkan lumrah dalam politik.

Katanya, kestabilan politik itu membolehkan Malaysia memperoleh pengiktirafan dunia yang turut disokong dengan perkhidmatan yang baik oleh para penjawat awam.

“Tanyalah di mana-mana pun, tengok World Competitive Index. Ini berlaku kerana pasukan perkhidmatan awam. Kecekapan dan mutu perkhidmatan itu bukan disebabkan saya seorang sahaja.

“Ia adalah hasil usaha seluruh pasukan di seluruh negara. Saya tabik kepada saudara kerana kerjasama yang begitu baik. Ini bukan hendak ‘jack’ pasal dekat pilihan raya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimdemokrasi berparlimenKuasa RajaMestiPerdana MenteriPerlembagaanprinsipRaja BerpelembagaansemangatTertakluk
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd