• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

oleh Mynewshub
24/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah FELDA perlu menjawab persoalan rakyat siapakah yang mengarahkan pembatalan Sambutan Hari Peneroka FELDA di Johor.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Anwar dan Ketua Pengarah FELDA perlu juga memberi penjelasan siapakah yang menghalang Menteri Besar Johor daripada memasuki FELDA.

Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menafikan mereka yang mengeluarkan arahan tersebut.

“Kalau bukan arahan dari menteri penyelia, jadi arahan dari siapa? Mohon PMX Anwar Ibrahim dan juga KP Felda untuk jawab. Jangan baling batu tapi sorok tangan,” katanya dalam satu rakaman video di media sosial hari ini.

Muhamad Akmal berkata, Ahmad Zahid juga telah menjelaskan walaupun beliau menteri penyelia FELDA, tetapi FELDA masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Justeru, katanya, jika arahan itu bukan daripada menteri penyelia, sudah tentu ia arahan daripada pihak yang lebih tinggi daripada menteri penyelia.

“Adakah ini arahan daripada JPM atau arahan daripada Perdana Menteri kita sendiri? Rakyat nak tahu arahan siapa.

“Kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga Ketua Pengarah FELDA, mohon dan tolong jawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: batalDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Ahmad Shabery CheekDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Anwar Ibrahimjabatan perdana menteriJawabJPMKetua Pemuda UMNOKetua Pengarah FELDApenjelasanPerdana MenteriSambutan Hari Peneroka FELDA Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

Netizen Buat Kiraan Matematik: RM14 bilion Untuk Tiga Tahun Cuma RM4.7 bilion Setahun?

Netizen Buat Kiraan Matematik: RM14 bilion Untuk Tiga Tahun Cuma RM4.7 bilion Setahun?

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd