• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan dengan video tular ketika melancong di China sehingga mencetuskan kecaman meluas termasuk di luar negara.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan telah dimulakan dan pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya wujud pelanggaran peraturan atau undang-undang oleh anggota terbabit.

 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan anggota berkenaan masih menjalankan tugas seperti biasa sementara siasatan berlangsung.

 

“Saya meminta kepada semua pihak supaya bertenang dan PDRM akan menjalankan siasatan sebaik mungkin… bukan sahaja daripada sudut tatatertib, malah jika ada pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Mengulas lanjut, Mohd Khalid mengingatkan semua pegawai dan anggota polis supaya sentiasa menjaga tatakelakuan sama ada ketika bertugas atau berada di luar negara kerana mereka tetap terikat dengan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) pasukan walaupun tidak memakai uniform.

 

Kontroversi itu tercetus selepas seorang pempengaruh yang didakwa juga merupakan anggota polis menjadi perhatian ramai susulan rakaman tular ketika berada di China.

 

Rakaman tersebut mengundang kritikan selepas individu terbabit didakwa menjerit perkataan tidak sopan sambil menutup hidung di tempat awam, tindakan yang dianggap menghina penduduk tempatan dan mencemarkan imej pelancong Malaysia.

 

Isu berkenaan kemudiannya mendapat liputan meluas termasuk oleh media luar negara serta mencetuskan perdebatan mengenai tanggungjawab individu berprofil awam ketika berada di luar negara.

 

Terdahulu, Mohd Khalid menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Ke-42 di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

 

Dalam perkembangan lain, beliau turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula semakan kadar elaun perwira negara bagi membantu golongan pesara menghadapi peningkatan kos sara hidup.

 

Menurut beliau, isu kadar elaun penerima darjah kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) turut dibangkitkan kerana kadar sedia ada tidak pernah disemak sejak tahun 2009.-MYNEWSHUB

Tags: anggota polisAsean-ChinaBukit AmanChinaPDRMpegawai polis
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd