• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

oleh Mynewshub
23/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam politik, menunjukkan berat sebelah dan partisan.

Beliau mempersoalkan bukankah keadaan seperti itu akan menyebabkan anggota kerabat diraja mendedahkan diri mereka kepada sanggahan dan respons balas.

“Dalam keadaan sedemikian, adakah kerabat diraja tersebut berada di luar sebarang kritikan atau perbahasan? Adakah Akta Hasutan masih terpakai?,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Kenyataan beliau itu namun disanggah secara tegas oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan dalam nada yang keras.

Beliau menegaskan, ungkapan ‘above politics’ tidak bermaksud Raja-raja Melayu langsung tidak boleh komen pasal politik atau ahli politik di Malaysia.

“Apa-apa yang dititahkan tidak bermaksud Raja-raja Melayu itu di bawah BN atau PH. Ini yang Tony Pua tidak faham.

“Sesuatu kerajaan negeri atau Persekutuan tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa Raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau malah mengingatkan, persidangan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen juga dibuka oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja setiap tahun.

Tambah beliau, Mesyuarat Kabinet juga dimulakan dengan sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum boleh dijalankan.

“Yang tak bolehnya adalah suara ‘kaduk naik junjung’ yang membidas, merendahkan, menghina dan mengeji Raja-raja Melayu secara terang jelas dan nyata.

“Sudah tentu itu boleh menyebabkan kaduk-kaduk ditahan di bawah Akta Hasutan lebih-lebih lagi dalam soal 3R. Benda mudah macam ini pun Tony Pua dan penyokong yang cauvinis tak boleh faham.

“Kalau buat-buat tak faham termasuk berkenaan Rukun Negara dipersilakan berambus ke tempat yang kau boleh rasa hebat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tony Pua/Azrul Abu Hasan

Tags: 3RAhli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah AlamAkta HasutanAzrul Abu HasanInstitusi Raja MelayuKERABAT DIRAJAKomen PolitikPengerusi Jawatankuasa Disiplin DAPSila berambusTony Pua
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

07/08/2026
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan...

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd