• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor.

Baginda bertitah, semua pihak boleh memberi janji ‘bulan dan bintang’ kepada rakyat negeri ini, tetapi tidak semua boleh melaksanakannya.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, terdapat kelemahan negeri Johor harus diperbaiki, tetapi ia tidak semata-mata menjadi tanggungjawab baginda, kerajaan negeri dan rakyat Johor.

“Kerajaan Persekutuan kena main lebih peranan untuk bantu pembangunan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Jangan setakat bagi janji-janji kosong apabila nak berkempen sahaja. Kalau nak dengar orang cakap…semua orang boleh ‘janji bulan dan bintang’, tapi tak semua orang boleh melaksanakan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sesi Podcast Bual Santai Petang DYAM Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail berharap rakyat Johor membuat penilaian secara rasional berdasarkan fakta, bukan hanya berdasarkan janji-janji manis.

“Kita tengok macam mana dia punya ‘performance’, macam mana dia turun padang, macam mana dia buat kerja.

“Apa pembangunan-pembangunan dalam negeri ini semua sebelum nak buat sesuatu keputusan tengok benda itu dulu,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail mengakui terdapat pihak berasa kurang senang dengan baginda kerana sentiasa menyuarakan kebenaran.

“Orang kurang senang dengan saya kerana saya tak tahu bertapis. Saya cakap sahaja apa ada dalam hati saya, saya sampaikan.

“Kerana salah satu sikap paling penting prinsip sebagai TMJ, saya mewakili rakyat adalah saya tak boleh bersimpan rahsia. Kalau orang nak terima… terima, tak boleh terima.. tak terima,” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: berkempenBulan dan bintangjanjikerajaan persekutuanPemangku Sultan JohorPembangunanPilihan Rayarakyat johortanggungjawabTunku Mahkota Ismail
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan kerajaan Negeri Sembilan, sebaliknya perlu menghormati hak negeri berkenaan. Menteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd