• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Kereta Api Di Pantai Timur Pulih Feb Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Perkhidmatan kereta api melibatkan semua stesen di Pantai Timur, terutama di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir Disember tahun lepas, dijangka pulih sepenuhnya Febuari tahun depan.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan berkata kini kerja-kerja membaik pulih landasan bukan sahaja berjalan lancar malah mencapai kemajuan lebih cepat daripada yang dijadual.

“Kerja-kerja itu bermula pada 11 Mei lalu, namun dalam masa satu bulan lebih, kebanyakan landasan yang terjejas teruk seperti dari Kemubu ke Manek Urai di sini, sudah boleh dilalui.

“Sekarang ini hanya tinggal laluan sepanjang 1.5 kilometer menghubungkan antara Manek Urai ke Kuala Krai serta jambatan runtuh di Kemubu sedang dibaiki.

“Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Tahun Baru Cina (tahun depan) dan apabila selesai, perjalanan kereta api ke semua stesen di Kelantan iaitu Gua Musang sehingga ke Tumpat akan pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Stesen Angkat Keretapi-Manek Urai oleh Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) dan program gotong-royong membersihkan stesen itu, di sini hari ini.

Sarbini berkata perkhidmatan kereta api di negeri ini akan dimulakan secara berperingkat dengan fasa pertama yang bakal dilancarkan pada 10 Julai ini melibatkan laluan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang dan Kemubu ke Bukit Abu di sini.

“Stesen Kereta Api Gua Musang akan dijadikan transit yang mana pihak KTMB akan membantu menyediakan bas atau teksi sebagai pengantaraan untuk ke stesen-stesen atau lokasi seterusnya bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung terutama untuk menyambut Aildilfitri,” katanya.

Beliau juga berkata pelbagai infrastruktur lain milik KTMB seperti bangunan stesen-stesen yang terjejas di negeri ini turut dipulihkan secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Sementara itu, Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata Stesen Kereta Api Manek Urai yang dijadikan stesen angkat POKB akan diperindahkan dan dimajukan sehingga mampu menjadi pusat tumpuan orang ramai, sekali gus menyemarakkan kegiatan sosio-ekonomi penduduk. – BERNAMA

 

Tags: kereta apiKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd