• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan pengguguran beberapa pemimpin Bersatu daripada jawatan utama gabungan itu memperlihatkan kecenderungan PAS untuk menguasai PN secara sepenuhnya.

Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan apa yang disifatkannya sebagai sikap autoritarian dan politik kotor dalam kalangan pihak tertentu dalam PAS.

“Kasar permainan politik PAS ini. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan sikap autoritarian dan politik kotor PAS. Kalau bukan pendekatan ke‘Mullah’an dan ke‘Talibanan’, mungkin pegangan Machiavellian, yang mana matlamat menghalalkan cara,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tun Faisal mendakwa bukan lagi rahsia terdapat kelompok tertentu dalam PAS yang berhasrat menyingkirkan Bersatu daripada PN dan menguasai gabungan pembangkang itu sepenuhnya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan pengumuman pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam PN yang dikatakan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, selepas rombakan itu, jumlah wakil PAS dalam Majlis Tertinggi PN meningkat kepada lapan orang membabitkan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya, Ketua Pemuda PN dan seorang Ahli MT.

“Sebaliknya, wakil Bersatu tinggal hanya empat orang iaitu Timbalan Pengerusi, Ketua Wanita dan dua Ahli MT,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan mengadakan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi gabungan itu.

Katanya, tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan sebelum ini kepimpinan PN didakwa tidak menunjukkan kesungguhan menguruskan konflik dalaman gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Tun Faisal menegaskan Bersatu kekal komited mempertahankan PN, sambil berharap pemimpin PAS yang lain dapat membantu membendung apa yang disifatkannya sebagai “kerakusan dan kegilaan Kluster Publika” dari dalam parti itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tun Faisal Ismail Aziz

Tags: AutoritarianBERSATUDatuk Tun Faisal Ismail AzizKetua Penerangan BersatuParti Pribumi Bersatu MalaysiaPASperikatan nasionalPNpolitik kotor
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd