• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.

Menurut kenyataan media bertarikh 17 Jun 2026, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah diberhentikan daripada jawatan tersebut dan digantikan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi turut diberhentikan daripada jawatan Bendahari PN dan tempat beliau diisi oleh S. Subramaniam.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut diberhentikan daripada jawatannya bagi memenuhi kehendak Perlembagaan PN.

Ahmad Samsuri berkata, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan organisasi gabungan tersebut menjelang pilihan raya negeri yang bakal berlangsung.

Sebelum ini, PN versi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa parti itu akan tetap menggunakan logo PN dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu sebagai antara pengasas PN akan terus mempertahankan kedudukannya dalam gabungan tersebut. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri MokhtarDatuk Seri Mohamed Azmin AliDiberhentikanDr Mohd Radzi Md Jidinpengerusiperikatan nasionalPN
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd