• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

oleh Mynewshub
16/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Seri Paduka Baginda berharap agar keluarga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

“Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,’’ titah Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sultan Ibrahim turut menitahkan ATM menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian dan diperkukuhkan.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota Tentera Darat meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.57 pagi ketika Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia sedang dijalankan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) – MYNEWSHUB

Tags: BomDua Anggota Tenteralatihansiasatan menyeluruhSultan Ibrahimtentera daratterkorbanTitahucapan takziahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd