• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang didakwa menimbulkan kebimbangan penganut agama bukan Islam.

Bersama menerusi satu kenyataan media berkata, antara yang terkandung dalam garis panduan tersebut dan menimbulkan kebimbangan adalah halangan membuka rumah ibadah bukan Islam di zon komersial.

Turut menimbulkan bantahan berhubung had ketinggian struktur rumah ibadah bukan Islam, syarat tidak membenarkan akses rumah ibadah bukan Islam ke jalan utama serta syarat nisbah 5,000 penduduk kepada satu rumah ibadah bukan Islam.

“Sebarang peraturan mengenai rumah ibadah, baik untuk penganut agama Islam atau bukan Islam adalah sesuatu yang sensitif kepada masyarakat,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan secara bersama oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Semalam, media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHS) mengkritik Garis Panduan Perancangan RIBI.

Antaranya berhubung syarat sekurang-kurangnya 5,000 penduduk atau 1,250 unit kediaman perlu wujud sebelum tanah diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam dengan keluasan minimum tapak 0.6 hektar.

Majlis itu mencadangkan supaya ambang tersebut diturunkan kepada 1,500 penduduk atau 374 unit kediaman, yang disifatkannya sebagai piawaian perancangan antarabangsa.

MCCBCHST turut mengkritik had ketinggian 21.9 meter (72 kaki) serta penanda aras ketinggian masjid dengan menyatakan bangunan keagamaan sepatutnya dibenarkan mempunyai ketinggian yang sesuai bagi ciri seni bina seperti kubah, arca atau menara.

Sementara itu, Bersama berkata, kerajaan Selangor wajar membawa kembali perkara itu kepada mesyuarat Exco untuk membatalkan terlebih dahulu garis panduan terkini yang diluluskan dalam November 2025.

Kata Bersama, ia agar poses rundingan dan libat urus dengan wakil agama, masyarakat, pimpinan setempat, badan bukan kerajaan dan pemegang taruh lain dimulakan secara terbuka, telus dan terangkum.

“Pandangan yang diperolehi dari proses ini bolehlah dijadikan pertimbangan-
pertimbangan untuk membangunkan satu draf garis panduan yang baru,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: BatalkanBersamaDatuk Seri Rafizi RamliGaris Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan IslamNik Nazmi Nik AhmadParti Bersama MalaysiaRIBIselangor
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menikmati hari-hari terakhir sebagai...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd