• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

oleh Mynewshub
11/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Datuk Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa 8 Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, penarikan balik itu kerana Mohd Isa disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

“Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia perenggan XXV dan XXVIA yang menyatakan darjah kebesaran boleh ditarik balik jika disabitkan dengan sesuatu kesalahan.

“Selain itu ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung penarikan balik darjah kebesaran sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 7 September 2024 di Istana Negara,” kata kenyataan itu.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta dengan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Isa pernah menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga 2017 dan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1982 hingga 2004. – MYNEWSHUB

 

Tags: Gelaran Tan SriIsa SamadSultan IbrahimTarik BalikYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), urusan...

Yang di-Pertuan Agong Menerima Menghadap MB Johor

Yang di-Pertuan Agong Menerima Menghadap MB Johor

07/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd