• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

oleh Mynewshub
11/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu diasaskan, didaftarkan dan dibangunkan oleh Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utama yang perlu dijawab PAS adalah mengapa parti itu begitu bersungguh-sungguh mahu menguasai PN.

Menurut beliau, idea penubuhan PN dicetuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Perlembagaan gabungan itu dirangka oleh Bersatu yang turut menguruskan proses pendaftaran serta membiayai operasi dan pengurusannya sejak awal.

“Mengapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu menguasai atau “merampas” Perikatan Nasional (PN)? Adakah Pas sendiri sudah hilang keyakinan terhadap lambang bulan yang menjadi identiti parti itu?

“Jika semua usaha membangunkan PN dilakukan oleh Bersatu, mengapa kini ada pihak yang mahu menguasai gabungan tersebut dan menyingkirkan parti yang menjadi pengasasnya?

“Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi bahawa PAS sendiri mengakui jenama dan logo PN mempunyai nilai politik yang lebih besar berbanding logo bulan yang menjadi identiti parti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal turut mempersoalkan mengapa PAS yang sering mendakwa mempunyai jentera akar umbi yang kuat, keahlian yang ramai dan sumber kewangan yang kukuh masih perlu bergantung kepada jenama PN.

Beliau berkata, sekiranya PAS benar-benar yakin dengan kekuatan sendiri, parti itu boleh bertanding secara solo menggunakan logo bulan bagi membuktikan kemampuannya meraih sokongan rakyat tanpa bergantung kepada PN.

Selain itu, katanya, PAS juga boleh membentuk gabungan politik baharu bersama pihak yang sehaluan atau kembali menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional dan UMNO menerusi platform yang berbeza.

Menurut beliau, pilihan-pilihan tersebut lebih selaras dengan prinsip perpaduan dan ukhuwah yang sering ditekankan oleh PAS berbanding tindakan yang dilihat sebagai cuba merebut penguasaan terhadap PN.

“Apabila Pas dilihat begitu beria-ia mahu menguasai PN sehingga sanggup menyingkirkan parti yang menjadi pengasas, penggerak, pendaftar dan penyumbang utama kepada gabungan itu sejak 2020, maka timbul persepsi bahawa Pas sendiri mengakui jenama PN lebih diterima rakyat berbanding logo bulan.

“Jika Pas benar-benar kuat seperti yang sering didakwa, mengapa masih perlu bergantung kepada jenama yang dibina oleh orang lain?” soal beliau. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tun Faisal Ismail Aziz

 

Tags: BERSATUmenguasaiMerampasParti Pribumi Bersatu MalaysiaPASpengasasPerikatan Nasional (PN)Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

21/07/2026
0

SEREMBAN - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa PAS telah menyimpang daripada kepimpinan bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd