• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

oleh Mynewshub
09/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam di negara ini terus terpelihara, kata Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Beliau berkata, kedua-dua parti Melayu terbesar itu tidak seharusnya terus terperangkap dengan perselisihan lalu, sebaliknya perlu memandang ke hadapan dengan penuh keikhlasan demi membela nasib bangsa dan mempertahankan syiar Islam.

Menurutnya, PAS dan UMNO berpotensi menjadi pemangkin kepada penyatuan parti-parti politik Melayu lain.

“Semua pihak tidak harus lagi menoleh ke belakang, tetapi perlu melihat ke hadapan secara ikhlas demi membela nasib anak bangsa dan memelihara keutuhan Islam di tanah air,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Khairuddin turut menegaskan bahawa hak dan kepentingan kaum lain yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipelihara bagi memastikan perpaduan nasional kekal terjamin.

“Perbalahan sesama Melayu mesti dihentikan segera sebelum malapetaka besar menimpa keseluruhan anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata, majoriti orang Melayu mahu melihat satu perpaduan yang kukuh dan tidak mudah digugat. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas MelakabertautislamkerjasamaKhairuddin Abu HassanMelayuPASUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

24/07/2026
0

SEREMBAN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan berada...

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

24/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yakin kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd