• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Tidak Lagi Boleh Berada Di Bawah Payung Yang Sama Dengan PAS – Fadhli Shaari

oleh Mynewshub
09/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Tidak Lagi Boleh Berada Di Bawah  Payung Yang Sama Dengan PAS – Fadhli Shaari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kedudukan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan parti serta saluran yang sewajarnya.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas PAS menilai kemampuan kerjasama berkenaan dalam mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara.

“PAS tidak mengambil keputusan berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek, sebaliknya berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara.

“Ia bukan sesuatu yang menggembirakan tetapi ia adalah ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar,” katanya menerusi kenyataan di media sosial pada Selasa.

Ahmad Fadhli berkata, perkara paling utama bagi PAS ialah agenda penyatuan ummah yang menjadi asas perjuangan parti itu sejak sekian lama.

Katanya, keputusan Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang menolak cadangan kemasukan beberapa parti seperti Berjasa, Pejuang, Iman dan Putra dilihat bertentangan dengan usaha memperluaskan gagasan penyatuan tersebut.

“Walaupun kertas cadangan telah disediakan, tindakan menentang kemasukan parti-parti tersebut jelas menjejaskan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini,” katanya.

Beliau turut mendakwa beberapa perkembangan melibatkan Bersatu di negeri seperti Perlis dan Negeri Sembilan telah memberi kesan terhadap moral serta semangat jentera PAS di peringkat akar umbi.

“Ditambah pula dengan kronologi sikap Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan, keadaan itu telah menjejaskan moral jentera PAS untuk terus bekerja bersama Bersatu dalam pilihan raya akan datang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

Tags: BERSATUHenti KerjasamaPASperikatan nasionalPN
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

28/07/2026
0

SEREMBAN - "Ulang-ulang Islam dan Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan apa yang terancam. Bawakan bukti kalau kamu di pihak yang...

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd