• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Cabar PMX Singkir Ahli Parlimen UMNO Dalam Kerajaan

oleh Mynewshub
08/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Cabar PMX Singkir Ahli Parlimen UMNO Dalam Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO dalam Kerajaan Perpaduan serta merta.

Beliau mengemukakan cabaran itu susulan kenyataan Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Mohd Kamil Abdul Munim yang menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai angkuh.

“Mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa bahawa parti kamu datang ke Seri Pacific berjumpa dengan kepimpinan UMNO ketika itu minta untuk menubuhkan kerajaan bersama.

“Bila Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan tentang peranan Barisan Nasional (BN) ketika menubuhkan kerajaan perpaduan ini kamu tuduh beliau angkuh? Bab mana yang angkuh itu?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan Mohd Kamil bahawa BN ketika itu sudah bersedia menjadi pembangkang, tetapi PH gagal membentuk kerajaan terpaksa meminta bantuan BN.

“Itu fakta. Jika auta.. macam janji kamu nak hapuskan Tol dan PTPTN,” sindirnya.

Keputusan PRU-15 beberapa tahun lalu menyaksikan tiada gabungan politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keadaan itu menyebabkan Parlimen tergantung sebelum Yang di-Pertuan Agong menitahkan Kerajaan Perpaduan dibentuk, namun Pengerusi Perikatan Nasional (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak.

Berikutan itu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan antara PH dan BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara. – MYNEWSHUB

 

Tags: ahli parlimen umnoangkuhCabarDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Anwar Ibrahimkerajaan perpaduanKetua Pemuda UMNOMohd Kamil Abdul MunimPerdana MenteriSeri PacificSingkir
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

27/07/2026
0

TAMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd