• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan lesen serta permit perniagaan oleh warga asing.

Menurut beliau, terdapat segelintir persatuan yang bertindak sebagai ejen kepada pekerja asing dengan mengambil kesempatan mengutip bayaran tertentu daripada warga asing termasuk Rohingya.

“Tidak semua persatuan penjaja dan peniaga itu boleh diharapkan. Sebahagiannya menjadi ejen, seperti mana pengalaman yang kita lihat di beberapa bandar dan Dewan Bandaraya.

“Mereka bukan membantu pihak penguatkuasaan, tetapi menjadi ejen kepada pekerja asing kerana dapat kutip caj khas mereka,” katanya menerusi satu petikan video di muat naik di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, kerajaan sebelum ini berdepan isu melibatkan warga asing dari Rohingya, Bangladesh dan Aceh yang menjalankan aktiviti perniagaan di warung serta pasar borong.

Katanya, walaupun tindakan perlu dilaksanakan secara berperikemanusiaan, kerajaan tidak boleh berkompromi apabila aktiviti tersebut menjejaskan peluang rakyat tempatan.

Beliau menegaskan setiap peniaga perlu mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah dan alamat tetap, selain tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara menumpang di
lokasi tertentu.

Menurutnya, kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemegang lesen atau permit tempatan yang didapati menyalahgunakan kemudahan tersebut dengan membenarkan warga asing menjalankan perniagaan.

“Jika kita dapati permit itu disalah guna, kita akan rampas permit tersebut seperti yang telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana ini merupakan satu bentuk penipuan,” katanya.

Anwar turut mencadangkan penggunaan mekanisme pemberi maklumat (whistleblower) dan pemantauan rahsia bagi memperkasakan masyarakat membantu pihak berkuasa menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyalahgunaan lesen dan permit perniagaan. – – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: AcehBangladeshCukai KhasDatuk Seri Anwar IbrahimejenPerdana MenteriPerniagaanPersatuan PenjajaRohingyawarga asing
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd