• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

“Adalah amat memalukan apabila tulisan oleh seorang pemimpin DAP ini dinafikan dengan terang dan jelas oleh agensi kerajaan sendiri iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jelas sekali tulisan ini ialah fitnah terhadap SPR dan mencemarkan imej agensi ini, dan SPR juga tidak mempunyai pilihan kecuali membuat penafian,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Semalam, Sheikh Umar menerusi satu hantaran di media sosial mendakwa beliau dimaklumkan oleh seorang ahli UMNO bahawa SPR tidak bersedia untuk membuat pilihan raya mengejut.

Dalam hantaran itu, SPR didakwa malah tidak bersedia dengan dakwat celup jari sehingga terpaksa membuat tempahan yang akan mengambil masa.

Hantaran itu mendakwa pemimpin BN tidak berpuas hati dan tetap mendesak SPR supaya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Jika orang biasa yang menulis sebegini, sudah tentu akan membuat permohonan maaf atau sekurang-kurangnya menarik balik tulisan tersebut.

“Tetapi bagi pemimpin DAP, mungkin berpandangan bahawa undang-undang boleh sahaja dilanggar. Kerana tiada siapa berani ambil tindakan ke atas mereka,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

 

Tags: Ahmad Fadhli ShaariKetua Penerangan PAS PusatNaib Pengerusi DAP JohorpenafianSheikh Umar Bagharib AliSPRSuruhanjaya Pilihan Rayatindakan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd