• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

oleh Mynewshub
08/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO dapat direalisasikan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Secara peribadi, saya sangat mengidamkan Muafakat Nasional. Mendengar pandangan Timbalan Presiden baru-baru ini mengenai MN 2.0 semacam ada harapan untuk ummah ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sabri berpandangan sekiranya kerjasama
UMNO-PAS kembali terjalin, gabungan itu berpotensi menguasai sembilan negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Beliau turut menyifatkan Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri yang bakal menyaksikan persaingan sengit sekiranya MN 2.0 diwujudkan semula.

Malah, beliau mendakwa gabungan UMNO-PAS berupaya memenangi lebih 100 kerusi Parlimen berdasarkan prestasi kerjasama kedua-dua parti dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14.

Bagi menyokong hujah tersebut, Sabri merujuk kepada keputusan PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Tanjung Piai pada 2019 yang menyaksikan calon-calon disokong Muafakat Nasional mencatat kemenangan.

Menurutnya, di Cameron Highlands, sokongan pengundi PAS kepada BN membantu meningkatkan majoriti kemenangan berbanding keputusan PRU14.

Di Semenyih pula, beliau mendakwa hampir keseluruhan undi PAS berjaya diterjemahkan kepada kemenangan BN dalam PRK berkenaan, sekali gus menewaskan PH yang memenangi kerusi itu pada PRU14.

Katanya, situasi sama turut berlaku di Tanjung Piai apabila kerjasama PAS dan BN bukan sahaja menyatukan undi Melayu-Islam, malah berjaya menarik sokongan pengundi atas pagar sehingga menghasilkan kemenangan besar kepada calon MCA-BN.

“Angka ini menunjukkan bahawa kekuatan MN bukan sekadar terletak pada penambahan undi PAS kepada UMNO atau BN, tetapi turut meningkatkan keyakinan pengundi atas pagar, mengurangkan perpecahan undi Melayu-Islam dan menyatukan jentera kedua-dua parti,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan segala keputusan berhubung hala tuju PAS dan sebarang bentuk kerjasama politik diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diputuskan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sabri Mamat

Tags: 2.0kerjasamakerusi parlimenMNmuafakat nasionalPASSabri MamatUMNO
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Umum Hentikan Kerjasama Politik Dengan Bersatu

PAS Umum Hentikan Kerjasama Politik Dengan Bersatu

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – PAS secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keputusan tersebut...

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO berharap usaha untuk menyatukan kembali UMNO-PAS menjadi kenyataan. Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd