• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Salah UMNO DUN Negeri Sembilan Bubar – Mustapha Nagoor

oleh Mynewshub
08/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bukan Salah UMNO DUN Negeri Sembilan Bubar – Mustapha Nagoor
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor menyenaraikan tujuh fakta UMNO tidak boleh dipersalahkan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, pelbagai pihak cuba meletakkan sepenuhnya tanggungjawab krisis politik negeri itu di bahu UMNO, sedangkan punca sebenar krisis berpunca daripada kegagalan Menteri Besar mengurus dan menyelesaikan isu yang timbul sehingga kedudukan institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Co-Ruler diperdebatkan secara terbuka.

Menurutnya, antara fakta yang perlu diberi perhatian adalah Menteri Besar telah disabdakan sebagai berbohong oleh Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin, selain turut dinyatakan tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut dan sewajarnya meletakkan jawatan.

Katanya, tuntutan mendapatkan minit Dewan Keadilan dan Undang juga bukan dibuat oleh UMNO, sebaliknya oleh ahli dewan berkenaan sehingga mereka terpaksa mendapatkan dokumen tersebut melalui saluran mahkamah.

“Menteri Besar turut disabdakan sebagai memperlekehkan kedudukan Co-Ruler sebagaimana yang dinyatakan oleh Undang Yang Empat. Itu juga bukan kenyataan yang datang daripada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapha turut mempersoalkan mengapa UMNO dipersalahkan sedangkan Menteri Besar sebelum ini memaklumkan pembubaran DUN hanya akan berlaku seawal Oktober 2026 selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, namun akhirnya mengumumkan pembubaran DUN pada 4 Jun lalu yang berkuat kuasa sehari kemudian.

Beliau berkata, desakan awal supaya DUN Negeri Sembilan dibubarkan selepas pembubaran DUN Johor juga bukan datang daripada UMNO, sebaliknya daripada Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang mengumumkan negeri itu akan turut membubarkan DUN dalam tempoh 24 jam selepas Johor.

Menurutnya, sepanjang krisis berkenaan sehingga pembubaran DUN dibuat, tidak pernah diadakan sebarang pertemuan rasmi atau perbincangan serius oleh Menteri Besar bersama 14 ADUN UMNO bagi menerangkan langkah penyelesaian yang sedang diambil untuk meredakan kemelut yang menjadi punca penarikan sokongan mereka pada 27 April lalu.

“Jadi tak payahlah semuanya disalahkan kepada UMNO.

“Sehingga hari ini, tiada satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Menteri Besar untuk menjawab, meredakan atau mendamaikan keadaan sehingga krisis ini dapat diselesaikan. Yang ada hanyalah kenyataan politik dan terus menyalahkan UMNO,” katanya.

Beliau menegaskan UMNO tidak lari daripada tanggungjawab, sebaliknya mengambil pendirian berdasarkan prinsip, mempertahankan maruah institusi negeri serta memastikan kestabilan pentadbiran sentiasa menjadi keutamaan.

Mustapha berkata, sepanjang lebih 60 tahun UMNO mentadbir Negeri Sembilan, krisis berkaitan adat pernah berlaku namun tidak sehingga mencetuskan situasi yang disifatkan memalukan institusi diraja, Undang dan Adat Perpatih seperti yang berlaku ketika ini.

Mengulas keputusan UMNO Negeri Sembilan untuk bersedia bertanding di kesemua 36 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri akan datang, beliau berkata langkah itu bukan tindakan angkuh atau mendabik dada.

Sebaliknya, katanya, keputusan tersebut dibuat selepas Pengerusi DAP Negeri Sembilan mengumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan bahawa gabungan itu akan bertanding di semua 36 kerusi DUN.

“Sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO juga bersedia menawarkan pilihan kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial UMNO.Negeri.Sembilan

 

Tags: bubarBukan Salah UMNODatuk Mustapha NagooDUNNegeri SembilanSetiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd