• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Sahkan DAP Tidak Akan Ada Dalam Kerajaan Johor BN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Sahkan DAP Tidak Akan Ada Dalam Kerajaan Johor BN
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberikan mandat untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, landskap politik negeri itu berbeza dengan situasi di peringkat Persekutuan dan menegaskan BN tidak pernah mentadbir Johor bersama DAP.

“Saya lebih rela tidak menjadi Menteri Besar daripada duduk semeja dengan mereka. Johor dan kerajaan Persekutuan adalah dua realiti yang berbeza.

“Kita juga perlu mengingatkan Bersatu bahawa DAP pernah bersama mereka dalam kerajaan negeri sebelum ini,” katanya ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Johor di
Stadium Tertutup EduCity, di sini, pada Ahad.

Beliau turut menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba mengaitkan BN Johor dengan DAP.

Menurutnya, tuduhan bahawa mengundi BN sama seperti menyokong DAP adalah satu fitnah dan rakyat Johor perlu membuat penilaian berdasarkan rekod pencapaian BN dalam mentadbir negeri.

Dalam pada itu, Onn Hafiz mempertahankan pelaksanaan inisiatif Bantuan Kasih Johor yang disifatkannya telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Beliau mempersoalkan kritikan terhadap fasa terbaharu program bantuan tersebut sedangkan fasa-fasa sebelumnya tidak menerima bantahan walaupun turut menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Katanya, beliau berharap program berkenaan dapat diteruskan dan diperluaskan sekiranya BN kembali diberi mandat untuk mentadbir Johor.

Mengulas mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu walaupun tempohnya hanya berakhir tahun hadapan, Onn Hafiz berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Menurut beliau, sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun depan, ia berkemungkinan bertembung dengan beberapa perayaan utama dan faktor cuaca.

“Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh sekitar Mac tahun depan manakala Februari pula bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Selain itu, musim tengkujuh pada penghujung tahun yang sering menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Johor juga tidak sesuai untuk pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata rakyat Johor memahami cabaran tersebut kerana mengalaminya setiap tahun, berbeza dengan pihak luar yang mungkin tidak memahami realiti di negeri itu.

Pada masa sama, Onn Hafiz menyeru rakyat Johor agar terus memelihara keharmonian yang telah lama wujud di negeri berkenaan serta menolak sebarang retorik yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

“Jangan nilai kami berdasarkan apa yang kami katakan, tetapi nilai kami berdasarkan apa yang kami lakukan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: DAPmandatOnn HafizPengerusi BN JohorPRNTiada Kerjasama
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd